| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Peralatan Tanaman Fertigasi Oleh  Pejabat Pertanian Sandakan

Pada 15 November 2017 telah berlangsung Majlis Penyerahan Peralatan Tanaman Fertigasi, Baja Dan Biji Benih Terbuka daripada Pejabat Pertanian Sandakan sebagai satu program kolaborasi berterusan antara Penjara Sandakan dan Jabatan Pertanian. Objektif utama Kolaborasi adalah untuk memperkasa program  pertanian di Penjara Sandakan disamping meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pertanian di kalangan penghuni penjara. Pada Majlis tersebut PKK Hj. Wan Ramzan bin Wan Ahmad, Timbalan Ketua Seksyen Vokasional dan Industri, IPPM melalui ucapannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Pertanian Sandakan atas sumbangan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Penjara Sandakan di atas usaha ke arah melestarikan usaha mempelbagaikan kaedah baru dan teknik penanaman di Penjara Sandakan melalui konsep pertanian  fertigasi,  sesuai dengan hasrat dan aspirasi Jabatan Penjara Malaysia itu sendiri. Penyerahan peralatan, baja dan biji benih tersebut diserahkan oleh Encik Michael Ibau, Ketua Program Pertanian Bandar, Pejabat  Pertanian Sandakan kepada PKP Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan dengan disaksikan oleh PKK Hj. Wan Ramzan bin Hj. Wan Ahmad. Hadir sama dalam majlis tersebut PP Abd Rauf bin Lang Pasih, Timbalan Pengarah Penjara Sandakan, Encik Fazlul Rahman bin Mohd Yunus, Seksyen Vokasional dan Industri, IPPM, Pegawai-pegawai kanan Penjara Sandakan dan 6 orang kakitangan Pejabat Pertanian Sandakan.


""